Pnb Perawatan Pelanggan Forex

Peringkat broker opsi biner:

Cara akaun PAMM dan portfolio PAMM berfungsi

Membuka akaun PAMM dan memasukkan jumlah dana tertentu (modal pengurus), yang digunakan bersama dengan dana pelabur. Pengurus membuka tawaran, menyatakan syarat pelaburan, termasuk peratusan dari keuntungan, iaitu pampasan untuk pengurusan akaun

Mengkaji tahap keberkesanan perdagangan pengurus menggunakan penilaian bebas dan melaburkan dana dalam akaun PAMM yang dipilih. Sekiranya hasil perdagangan adalah positif, pelabur akan menerima keuntungan, dengan sebahagian daripadanya akan dibayar kepada pengurus sebagai pampasan untuk perdagangan yang berjaya.

Skema gambaran akaun PAMM

Jumlah akaun PAMM sehingga permulaan perdagangan selang

Jumlah baki akaun PAMM pada akhir selang dagangan

Dana pengurus ($900) dengan mengambil kira pampasan ($80)

Dana pelabur ($600) dengan penolakan pampasan ($80)

Berapakah yang akan diterima oleh pelabur dan pengurus selepas selang perdagangan tanpa mengambil kira pengiraan pampasan?

Peringkat broker opsi biner:

Akaun PAMM menunjukkan pulangan sebanyak 200%. Pengurus dengan itu akan memperoleh 200% dari jumlah pelaburan asal, iaitu sebanyak 600 USD.
Pelabur juga akan menerima 200% dari 200 USD — iaitu sebanyak 400 USD.

Bagaimanakah keuntungan dan kerugian dalam akaun PAMM diperuntukan?

Semua keuntungan dan kerugian dalam akaun PAMM diperuntukan secara berkadaran dengan dana yang dilabur. Dalam contoh diatas, saham pengurus adalah sebanyak 60%, 3,000 USD, manakala saham pelabur adalah sebanyak 40%, 200 USD, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 500 USD.

Berapakah jumlah yang akan dibayar oleh pelabur kepada pengurus sebagai pampasan?

Pelabur akan membayar kepada pengurus sebanyak 20% dari keuntungan sebanyak 400 USD, dan dengan itu, akan membayar 80 USD.

Bagaimanakah struktur akaun pelabur dan pengurus selepas pengiraan?

Selepas selang perdagangan berakhir dan mengambil kira bayaran pampasan, pelabur akan memiliki: 200 + 400 − 80 = 520 USD. Pengurus pula akan memperoleh: 300 + 600 + 80 = 980 USD.

Membentuk portfolio dengan menghimpun pelbagai akaun PAMM dan memasukkan dana sendiri, untuk memastikan pengurusan dijalankan secara jujur dan berdedikasi. Pengurus boleh menukar struktur akaun PAMM dan saham dana dalam portfolio PAMM. Pampasan akan diterima dalam bentuk sejumlah peratusan dari keuntungan pelabur portfolio.

Mengkaji tahap keberkesanan perdagangan pengurus portfolio menggunakan penilaian bebas dan melaburkan dana dalam portfolio PAMM yang dipilih. Sekiranya dalam akaun PAMM yang membentuk portfolio menunjukkan hasil perdagangan adalah positif, pelabur akan menerima keuntungan, dengan sebahagian daripadanya akan dibayar kepada pengurus sebagai pampasan untuk perdagangan yang berjaya.

Skema gambaran portfolio PAMM

Dana pengurus ($3,240) dengan mengambil kira pampasan ($24)

Dana pelabur ($2,160) dengan penolakan pampasan ($24)

Bagaimanakah keuntungan dan kerugian dalam portfolio PAMM diperuntukan?

Semua keuntungan dan kerugian dalam portfolio PAMM diperuntukan secara berkadaran dengan dana yang dilabur. Dalam contoh diatas, saham pengurus adalah sebanyak 60%, 3,000 USD, manakala saham pelabur adalah sebanyak 40%, 2,000 USD, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,000 USD.

Bagaimanakah dana dalam akaun PAMM diperuntukan mengikut contoh?

Pengurus portfolio memilih saham 20%, 30% dan 50%, dan dengan itu, dana akan dimasukkan dalam akaun PAMM sebanyak 1,000, 1,500, dan 2,500 USD. Dalam setiap akaun ini, dana pengurus dan pelabur akan diperuntukan bersepadanan dengan saham dari jumlah pelaburan asal.

Berapakah yang akan diterima oleh pelabur dan pengurus selepas selang perdagangan tanpa mengambil kira pengiraan pampasan?

Mengikut contoh ini, hasil dalam akaun PAMM adalah sebanyak +300, +150, −50 USD, dengan jumlah keseluruhan 400 USD. Berdasarkan saham, keuntungan pelabur adalah sebanyak: 400 × 0.4 = 160 USD. Pengurus pula akan memperoleh: 400 × 0.6 = 240 USD.

Berapakah jumlah yang akan dibayar oleh pelabur kepada pengurus sebagai pampasan?

Oleh kerana pampasan pengurus portfolio secara kebiasaannya adalah sebanyak 15%, maka pelabur akan membayar kepada pengurus sebanyak: 160 × 0.15 = 24 USD.

Bagaimanakah struktur akaun pelabur dan pengurus selepas pengiraan?

Selepas mengambil kira pampasan, pengurus akan menerima: 240 + 24 = 264 USD. Jumlah dana kemudiannya akan berjumlah: 3,000 + 264 = 3,264 USD.

Majlis Fatwa Kebangsaan: Hukum Pelaburan Forex

Pelaburan forex yang dibuat oleh individu di platform online / internet adalah haram.

Keputusan ini telah pun dibuat oleh muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ini kerana muzakarah mendapati bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian.

Fatwa ini dikeluarkan semasa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2020.

Jika haram, apa pula pelaburan yang patuh Shariah?

Sekiranya kalian sudah berpuas hati dengan ringkasan di atas dan terus mahu cari apa lagi pelaburan patuh Shariah yang ada di Malaysia, sila klik dan baca nota ini:

Manakala kepada yang nak baca hujahan terperinci, sila teruskan membaca.

Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2020 telah membincangkan Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik adalah melibatkan item ribawi (iatu mata wang) dan dari sudut fiqhiyyah ia tertakluk di bawah hukum Bay al-Sarf yang perlu dipatuhi syarat-syarat umum jual beli dan syarat-syarat khusus bagi Bay al-Sarf seperti berikut:

Syarat-syarat umum jual beli:

  1. Pihak yang berakad mestilah mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud);
  2. Harga belian hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad;
  3. Item belian hendaklah suatu yang wujud dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual serta boleh diserahkan kepada pembeli;
  4. Sighah akad hendaklah menunjukkan keredhaan kedua-dua pihak, tidak ada unsur penempohan dan sighah ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat-syarat khusus Bay al-Sarf:

  1. Berlaku taqabbudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam platform forex sebelum kedua-dua pihak yang menjalankan transaksi berpisah daripada majlis akad;
  2. Jual beli matawang hendaklah dijalankan secara lani dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan; dan
  3. Akad jual beli al-sarf mesti bebas daripada khiyar al-Syart.

Selain memenuhi syarat-syarat tersebut, Muzakarah juga menegaskan bahawa operasi perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) hendaklah bebas daripada sebarang unsur riba, elemen al-Salaf wa al-Bay (pemberian hutang dengan syarat dilakukan transaksi jual beli), unsur perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman atau eksploitasi.

Berdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan, Muzakarah mendapati bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian. Selain itu ianya juga tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.

Muzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia.

Laporan akhbar mengenai Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan:

KOTA BHARU: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasanya, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

“Hasil kajian jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabit penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata, keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak panel syariah Bank Negara pada muzakarah itu. – BERNAMA

Peringkat broker opsi biner:
Di mana menginvestasikan uang
Tinggalkan Balasan

;-) :| :x :twisted: :smile: :shock: :sad: :roll: :razz: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :grin: :evil: :cry: :cool: :arrow: :???: :?: :!: